MAM BREASTPUMP GIVEAWAY

MAM BREASTPUMP GIVEAWAY

Saturday, August 22, 2009

Giveaway

Salam,

Saya dengan sukacitanya ingin memberikan MAM Breast Pump c/w DVD ( excl. bottle) kepada mommy yang memerlukan, kepada anda yg sudi di kehendaki memberi sedikit KOMEN dan mengapa anda layak menerima BP ini. Especially utk geng2 susuibu.com yang tak jemu2 mencari dan berkongsi ilmu ttg penyusuan exclusive ni.

BP ini sy peroleh dgn FREE juga dari maryaa(http://maryaa_oogle.blogspot.com) , kalo ade yg masih ingat maryaa pernah buat giveaway ini. Dan sy sgt bertuah pd waktu tu menjadi top commentor. BP ini telah bnyk berjasa pd sy, tp skrg sy tak gunakannya lagi, so daripada tersimpan baik sy beri pd mommy yg perlukannya.

Sy juga menjemput maryaa, sebagai juri utk mengadili komen2 dari mommies semua.

Tarikh tutup penyertaan adalah 28th August 2009.






Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan


Selamat Berpuasa untuk seluruh umat islam tidak kira di mana jua berada, semoga dapat menjalani ibadah yang wajib ini dengan penuh tawaduk.

Mohon maaf jua di pinta jika ade salah silap kepada semua rakan maya yang mengenali diri ini.




Thursday, August 20, 2009

Resignation

Ye ...aku akan meletak jawatan di syarikat tempat aku bernaung selama 6 tahun, 30 ari lagi bermula pada hari ini, terlalu banyak bnyk sebab yg menyumbang kpd keputusan aku yg satu ni.... kerana aku akan berhijrah ke Kuantan bersama anak2, demi meraih satu peluang yg mungkin dapat membaiki ekonomi keluarga dan pada masa yang sama dpt melihat sendiri anak2 membesar di depan mataku 24 jam sehari...mujurlah perancangan yg aku buat ini mendapat restu dari kedua ibu bapaku dan suami.

Tentu saja profisien ku akan berubah selepas ini, tiada lagi bergelumang dgn kertas2 kerja, drawing @ plan, tiada lagi menatap skrin komputer menaip data penting...tiada lagi menerima pay slip di hujung bulan, bahkan tiada pula wang gaji masuk ke dalam akaun maybank setiap bulan seperti biasa dgn amaun yg sama. Tiada lagi event2 yang dapat ku hadiri di hotel2 dan makan2 free yang di taja oleh subcontractor.

Nah!!! aku tidak ralat meninggalkan semua itu, semuanya pada mata kasar nmpk elok, tiada sebab utk aku meninggalkan syarikat ini, tp sebaliknya tiada siapa yang tahu,aku tidak nampak nasib ku di sini secerah mana, aku terlalu letih berkejaran dalam melakukan tugasan, letih menghadap politik di tempat kerja, banyak pula masa di habiskan di jalan raya di waktu pergi dan pulang dari kerja, senja menjelma baru dapat bersua dgn permata hati. Dan keputusan aku adalah muktamad, aku perlu buat sesuatu untuk keluar dari kemelut ini..

Aku pasrah jika penghijrahan kembali ke tanah tumpah darahku dapat mengubah nasibku @ sebaliknya namun aku yakin dengan niatku yang sebenar, Ya Allah permudahkanlah urusanku Aminnnn...

Friday, August 14, 2009

Hujan Oh Hujan

Hujan melanda lagi sekitar golden triangle ni, hmmm...alamatnya jammed teruklah lah ibu kota Kuala Lumpur daripada kebiasaannya yang dah mmg sedia jammed...biarlah dia turun selebat mn pun, sesungguhnya ia adalah suatu rahmat yg turun menyubur dan mendamaikan bumi yang sering kegersangan.Chewahh... puitis pulak petang ni...hmmm syiok nyer layan tenet sambil hirup secawan coffee latte from Belgium. Pekena pulak dgn biscotti ..Perhhhh!!!

Srruuuppp... Jemput Minum

Tuesday, August 11, 2009

Muhasabah Diri

Sejenak ku terfikir, betapa paniknya dunianya hari ini, tersebar dgn wabak pandemik yg sudah meragut 39 nyawa setakat hari ini. Menyelak berita di surat khabar, tiada lagi kabar2 indah yang sedap di dengar. Sumenya berkisar pembunuhan, pembuangan bayi, kedai dirompak, wanita hamil diragut, tak kurang juge cerita siayah merogol anak tiri, sudahnya si perogol yang minum asid sehingga menemui ajalnya.
Pada minggu yang lepas, aku di hidangkan cerita yang kurang enak mengenai kes seorang pekerja tapak binaan menggantung diri, tambah menyedihkan dia adalah seorang islam, dan dia mati meninggalkan isteri yg hamil 3 bulan serta 2 anak, arwah terlalu tertekan dengan masalah hutang yang bnyk. makanya dia telah memilih jalan akhir utk mati. Ya Allah!!Ampunkanlah dosa2nya.
Sudah jelas benar dunia akhir zaman, sungguh menyedihkan lagi ramai manusia diluar sana yang masih terpinga2 dgn segala musibah ini, mengapa??? tak perlu bertanya dan tak perlu dijawab.... terpulang hendak bermula di mana.
Peringatan utk aku jua....




Monday, August 3, 2009

Cottage Clock


So adorable!!!





Alkisah.....

Fusshhh...
Da berminggu aku tak meroyan kat sini, bz bonar lately...dan baru ari ni aku rs sihat sket dari minggu2 yg sudah mn taknya bulan July je dah 6 hari aku mc, kalo gi keje pun dgn muke ala2 ayam berak kapur sbb mmg tak sehat bebetul lagi. tp kite ala2 segan silu nak mc lama2 kan. So redha jelah heret kaki gi keje..
Aku sampai buat wat blood test lah sbb demam kejap elok kejap datang balik, running nose tu tak yah cakap la..aku rs cam nak sumbat terus lobang idung ngan tisu tapi kan xleh napas pulak..kan..tp tulah cara aku nak describekan betapa siksanya. Alhamdullillah bukan H1N1 tu, mintalah di jauhkan. Nauzubillah!!
Aku rs dah lost weight, sbb bz ngan keje, penat turun naik cabin, ngan sakit lagi ari tu pastu makan pun dah tak cukup 5 kali sehari..egegegegege..tp stil leh makan la hehe.. dah la aku ni sekepeng jek..camne la nak gain weight eh???



Thursday, July 23, 2009

Beautiful Girl Award...

Syarat2 menerima award ini:

1. Pastikan jantina anda ialah perempuan

Yup 100% tulen, saya seorang perempuan, wanita, isteri dan ibu...


2. Copy badge sebagai award anda


Done!!

3. Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan

Kite pun sama copy balik


Keistimewaan Wanita


1. Do'a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.


2. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang tidak soleh.


3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.


4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S


5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga.


6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah surga.


7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."


8. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.


9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan rekannya ( serta menjaga sembahyang dan puasanya ).


12. Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun )


15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.


16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT


17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan


18. Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan


19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT


4. Pass kan award ini kepada girl-friends anda...

kat sape2 yg rs dia perempuan, blh gitu??...heheh



Saturday, July 18, 2009

Dugaan...Cobaan..

Fuhhhhh...sabtu lepas sampai selasa balik kg kat Kuantan. Balun durian, manggis, rambutan..musim buah la katakan...Rabu masuk keje...da rs mcm tak sedap tekak ptg tu..esoknya aku mc sbb tekak perit giler dgn ulcer duk melepak merata tempat dalam mulut haku grrrr...pastu bgn pg esoknya konon nak pi keje, tp kepala berat giler plus hidung tersumbat. yep..aku demam selsema pulak...so mc lagi
Then ari ni baru nmpk muke aku kat site...dlm smggu 2 hari cuti 2 hari mc...hamik kau dah la baru masuk site dah wat record ek..
Adui la selsema teruk ni...
Pastu bangun pagi ni sakit mata pulak sebelah....waaaa..ni jangkit ngan Alin la ni...



Friday, July 10, 2009

Wonderful Friend Award

Semenjak dapat award yang Kak Wanie kasi ari tu..rs mcm best pulak nak create award ni, alah..godek2 tenet nmpk gambo cung sket, kasi paint, buh wording jd la award kui..kui..

but i'm really sincere doing this award especially to all of you, getting to know u more n more friends!! Sesapa yang sudi nak kawan ngan sy, i'm begging you please take this award and paste it to your own blog..ngeh..ngeh..hamik kau smpi berbegging tuh..






Thursday, July 9, 2009

1st Award



Heh...!!bukan Grammy Award tau...award dlm blogging jelah..thanks kpd kak wanie yg sudi bg award ni..appreciate sgt2. Dah lama bookmark blog address dia tp kesuntukan masa nak add dlm blog list...Kenai kak wanie dlm WMC, dia la founder kelab dekorasi english dlm WMC tu...kini club tu dah sepi sbb ade masalah dalaman..ku pun tak tau crite detail..aihhh malas nak komen..Okies meh kite tepek award yg cumil tu..





Tuesday, July 7, 2009

Aku Blur

Waaaaaa...dah lame aku tak meroyan kat sini..uhuk..uhuk..aku rs cam nak nanes jek, site ni sungguh buhsan aku tak enjoy dgn department aku skrg. Skrg aku duk share ngan Construction Manager, apek tua dgn misai melentik..serius garang giler muke dia. Nasib baik la keje aku xde deal ngan dia. Pg ni aku buke blog kak Gee, blog dia kuar lagu best...so aku layan la sambil makan nasi lemak. Lps abis sarap aku lompat QAQC wat keje. Aku lupe nak log off blog kak Gee so kedengaran la lagu tu dlm cabin yg kosong ni..
Pastu aku terserempak dgn Kak Rina, " tie, td Alex ckp ngan akak dia tak ske dgr lagu, dia sakit kepala dgr", ntah ape2 la apek tu... padahal lagu tu sikit punya lentok pun leh sakit paler???budush... so, aku pun masuk cabin then off lagu tu...mungkin bg dia sedap lagi dgr bunyi compressor, buldozer, excavator, hacking machine kat luar tu...mmg Sengal!!!
Yang paling aku terkilan, pasal pumping schedule aku yg mmg dah jauh lari lintang pukang, dulu kul, 10 pg, kul 2ptg, kul 5ptg. Skrg kan? kan? sedih betul 1st round kul 12 tghari baru aku dpt pump sbb nak tggu line clear. Mmg exhausted betul..sbb xde tempat yg strategik dah. Takutnya production aku merudum..2nd round lagilah smpi umah baru, buat blh gitu???
Aahhhh!!!aku takmo cite lagi kesah ni, wat aku mikir bnyk jer...ni aku da standby ngan begpack bagai nak naik cabin atas mulakan operasi kat bilik bos??
Okies, dah abis meroyan luah perasaan...



Thursday, July 2, 2009

1st Time Dpt Tag huhu..

Egegege..1st time kite dpt tag ni, dari kak ani..kenai kak Ani dalam WMC, mase tu dia jual heart bunting dan aku telah mengoder darinya, bermula dari itulah perkenalan ku dgn Kak Ani...dia sgt ramah tamah walaupon kami hanya bersembang di alam maya. Namun aku pasti kat luar kat luar pun kak Ani tetap sama ramah tamahnya.


Okies, meh saya jawab tag tu..



1. NAMA TIMANGAN ANDA...
> Adik beradik panggil angah, kengkawan opis panggil atie, kengkawan kat luar panggil liza..hik..hik..buleh gituk.

2. ANDA SEORANG YANG...
> Sensitif...(kak Ani kite same la) talkactive jugak ngeh..ngeh..tp serius dgn melawak same bnyk kot huhu..

3. INSAN YANG TERISTIMEWA...
> My Parents, My Siblings, Hubby, My Kids & My Deco Stuffs ( Penat Mak Beli & Kumpul tau)


4. LAGU KESUKAAN...
> Sekarang ske dgr lagu YUNA title Dan Sebenarnya

5. WARNA KEGEMARAN...

> hehe..lately minat kaler pink+ coklat, pink + hitam


6. BENDA YANG MESTI ADA DALAM BEG...

> I/C, bankcard, duit, kunci umah, henpon, tisu, gula2, minyak angin cap kapak :)


7. KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS...

> Minggu lepas..sbb apa ntah... sajek nak nangis :(

8. TAG UNTUK 6 RAKAN ANDA...

3 org jelah kot..

-yokoyopoyo

-kak ma

-kak Gee

Wednesday, July 1, 2009

Today is My First Day

Yuhuuu....calling from Grand Hyatt ngeh..ngeh..
Hmmm..Makcik blom dapek laie nak menyososuaikan diri dgn alam sekitar site neh...pelik bebenor gayanya duduk dalam mobile cabin nih..yolah bawak bersabar sket cik puan ye.Biasanya selalu di manjakan mmg susah la kalo di duga sket kan.
Nmpknya bos mcm ok..staff pun ok..cume lom mesra alam lagi..sbb aku pun cam malu2 kucen ..erk haktuii!!
Nmpk gayanya lama lglah aku duk merana dlm cabin nih sementara nak tggu basement siap awal tahun depan...

uhukkk..uhukkk

Monday, June 29, 2009

Tomorrow Is My Last Day


Esok my last day at Goldis Tower Site..(saje nak meroyan dulu sbb esok takut tak nyempat2 sbb esok mak halfday ) Uhukk..rs sedey nak meninggalkan my work station di mana dah 2 thn ku sini. Like my boss said "time is so fast, all gone one by one". Mcm tu la adat kerja dalam dunia construction ni...bile siap sebijik bangunan, semua akan beransur kuar dari tapak..Teringat memula aku datang tempat ni, pakai boot pua chu kang ngkau!! Redah selut, nak masuk opis...mase tu tgh wat excavation, foundation bagai...then sekarang 2 thn berlalu, bangunan setinggi 30 tingkat siap di bina dgn jayanya.

Ntah la aku bukan tak biasa pindah randah tempat kerja, bukan company hokey... Imbau balik di mana aku telah di syampak selama 6 thn ni..

- Putrajaya International Convention Centre
- IJN PICU Extension Project
- Impiana@ KLCC Hotel
- Riana Green East Condominium
- Goldis Tower Commercial Building

& Last but not least

Grand Hyatt.......... here i come!!!






Tuesday, June 23, 2009

Peringatan Untuk Isteri-Isteri

1. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
mendahulukan kemahuan dan keinginan
suaminya dari kemahuan dan
kehendaknya sendiri.

2. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
bersikap malu terhadap suaminya,
bersopan santun pada setiap
perkataan dan perbuatan.

3. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
berhias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya apabila ketiadaan
suami.

4. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
bersedia melayani dan memenuhi
kehemdak batiniah dan zahiriah suami
bila diperlukan.

5. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menjaga kebersihan, kesihatan dan
kesempurnaan diri, rumah tangga
dan anak-anak suaminya.

6. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
mencintai dan menghormati kelluarga
suaminya seperti mana ia
mencintau dan menyayangi keluarganya
sendiri.

7. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menjaga auratnya dari pandangan yang
bukan mahramnya.

8. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menjaga pandangan matanya dari perkara-
perkara yang tidak sihat dan
mungkar.

9. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
memberikan kesetiaan, ketaatan dan
kepatuhan kepada suaminya selagi
suruhan itu tidak bertentangan dengan
perintah syariat.

10. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
memberikan layanan dan kasih saying
yang sepenuhnya dan membuatkan
suaminya merasakan rumah tangganya itu
sebagai tempat yang paling
selamat untuk mendapat ketenangan dan
kebahagiaan.

11. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menjaga rahsia serta maruah suami dan
keluarganya, demikian juga
dengan maruahnya sendiri.

12. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menjadukan suaminya sebagai ketua
dalam rumah tangga mereka sesuai
dengan sifat-sifat yang telah
dianugerahkan Allah kepada kaum lelaki.

13. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
memohon keizinan suaminya untuk keluar
dari rumah kerana sesuatu
hajat yang diharuskan oleh syara’.

14. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang
sentiasamemohon keizinan suaminya jika
mahu mengerjakan puasa sunat.

15. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
bersyukur dan tenang di atas segala
dugaan dan nikmat dari Allah
yang diberikan kepada suaminya.

16. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menemani suaminya ke muka pintu bila
ia hendak keluar dan
menyambutnya dengan seyuman bila ia
pulang.

17. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang tidak
membenarkan lelaki bukan mahram
memasuki rumah ketika ketiadaan
suami.

18. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
bersedia melaksanakan tugas dan
tanggungjawab sebagai seorang
isteri, ibu dan segala perintah Allah
dengan tabah dan sabar.

19. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
berdiam diri dan mendengar bila
suaminya sedang bercakap.

20. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang tidak meminta
sesuatu yang lebih dari suaminya
sedangkan ia tidak mampu untuk
menunaikannya.

21. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menerima pemberian suaminya dengan
penuh kesyukuran dan keikhlasan.

22. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang bijak
menguiruskan harta suami dalam
berbelanja dengan kadar yang
sederhana dan tidak membazir



Wednesday, June 17, 2009

Cute Stuff

Tadi aku lunch kat PNB Darby Park on da way balik aku singgah gerai jual buah, pastu ternampak brooch yg kiut miut neh..Ayakk!! mak meroyan tgk mende2 comel camni...


Brooch ni dari China pakcik jual buah tu cakap, sume cumil2 tp aku beli 4 ketui jek..Rega seketui 3 hengget, beli 4 ketui 10 hengget...Gulpp..!!

Tuesday, June 16, 2009

Gosh!!!! I'm Just Lovin It !!!

Walla... aku suke bangat coci mate petang2 begini, hmmpppp!!! Berangan jangan pernah abezzz!!!!



Cerita Demam

Dah lame tak berblogging, ade bnyk mende nak merapu tapi...kesuntukan masa, kadang2 ade ms yg sikit tu seronok duk jengah belog org lain..kui..kui..Bercakap perihal kesihatan bg bulan June ni, dah 2 kali aku di serang demam, mula2 Adam yg demam, pastu turn aku pulak..demam selsema+batuk+ sakit tekak+ sakit urat sume cukup lengkap. Lega 2, 3 ari...pastu leh demam balik..hurh!! demam ni lain mcm sket mai seram sejuk, pastu hilang..pastu tetiba panas giler pastu mengigil pulak..aku pun rs mcm tak sedap ati tak sedap badan camni tak kan la simpton2 nak dapat adik lg kot..Oh tidak!!!! I'm not ready yet, Alin pun tecit lagi...maka mak dgn segan silunya pg beli UPT test kat farmasi...Siap set reminder ngkau subuh esoknya takut terlupe nak mengecheck urin huhu..

Serius mak gigil tau..hehe...so resultnya satu line jek kuar. Kusss semangat......

Tak abis lagi citer pasal demam okey. Mase aku dan Adam demam tak hengat ari tu....surprisingly my princess tak demam pun!! Alhamdulillah kuat jugak dia..tapi kan hehe..selepas seminggu kita org abis demam baru dia demam...Kire okey lah tu xde la 3 beranak serentak demam kan?? Ponin paler En. Hubby nanti ekekeke..

Okeis, dah abih gian merapu...

Thursday, May 28, 2009

Amalin Turn 7 Today


Sekejap jer mase berlalu dah 7 bulan usia Amalin Syauqina hari ini. Syukur Alhamdulillah...dia membesar dgn sihat, jarang di timpa sakit cume selsema biasa yg hilang kurang seminggu, sepanjang 7 bulan baru 2 kali dpt demam, tu pun tak lama 2, 3 hari...berbeza dgn Adam dulu..kalo demam mmg tak sah kalo suhu tak capai 39 darjah celcius. Tak tido malam di buatnye, selama hayat 2 thn stgh tu.. 3 kali warded sbb high fever dan penah skali kene fits! Hurh..mmg mmg cuak giler time tu...Tapi bile adam dah 3 thn ni dah xde demam panas mcm dulu dah..

Mmg nmpk beza susukan anak dgn susu badan @ susu formula. Amalin nmpk lebih kebal dalam merintangi serangan penyakit, berbanding Adam yg mase kecik minum FM, dalam pantang dah telan ubat batuk bagai...Mudah sgt nak kene sakit, Bkn nak condem lnsg FM ni, sbb Adam pun stil minum FM lagi...FM ni kira alternatif lain la..kiranya si ibu mmg sangat2 tidak mampu nak susukan anak. Ade pelbagai sbb mungkin kurang ilmu @ sbb sakit.

Sememangnya menyusu anak bagi ibu yg bekerjaya seperti aku ni mmg mudah tapi tak terlalu senang, bnyk cabarannya, bnyk juge kelebihan...Aku berdoa pada Tuhan semoga kuatkan semangatku utk terus menyusukan Amalin selama 2 tahun.. Insyallah




Friday, May 22, 2009

Ujian Untuk Along

"Tie..sy peknen, Tp rahim sy kosong bile scan"

"Sy sakit kat perut belah kiri"

"Doc kata maybe sy mengandung luar rahim. Sy takut... :-(

Ya Allah!! mengucap panjang aku bile terima sms dari Along pg tadi...mujurlah aku tak begitu bz pg tadi, segera aku dail no dia. Ade tangisan di permulaan bicara. Aku tahu Along sangat sedih, kenyataan itu sememangnya agak pahit utk dia telan buat kali kedua kerana thn lepas along penah keguguran. Tiada apa yg dapat aku bantu melainkan kata2 semangat utknya supaya redha dgn ketentuan Ilahi.



Thursday, May 21, 2009

Macam-Macam

Macam-macam yang berlaku sepanjang minggu ni...ade cerita pasal En. Hubby pecahkan frame gambar kesayangan!!! Grrr..blh pulak main bola dgn Si hero tu dlm umah, tak psl2 frame cap lovely lace jatuh pecah kene tendangan bola En. Hubby. Sorry berlorry-lorry dia mintak. En. Hubby ckp nak ganti lain, tp frame tu mmg dah xde di pasaran dah. Berjejeh jugak air mata mak neh time tu uhukkss...

Cerita seterusnya, mengenai aku akan di transfer ke Project Grand Hyatt on 1st July. Erk..tatau nak rs mcm mn, sbb langsung xde dgr desas desus psl aku kene transfer. Rs belum ready lg nak pindah site, kat sini pun belambak lagi keje..walopon projek ni dah nak handover kepada Client. Tp nak wat camne sbb projek itu membutuhkan bantuanku, terpaksa rela la juo...

Berita peng' transferan ' itu ku kabarkan pd En. Hubby, saje ku wat gempak pd mulanya...syakap berita palsu yang aku akan di transfer ke Dubai, terkejut badak sumbu laki aku..haha ja'at betul aku ni mensuspenkan En. Hubby. Bile aku dah gelak2, dia dah tau yg aku mainkan dia...Dia wisau la kalau2 aku transfer keluar dari area"Golden Triangle"neh, bukannya ape jauh nanti nak ngantar pg ambik bini dia yg xdo lesen keto, moto neh..(tak tau bilo pobia mak ni nak ilang!!!)

Sampai je kat umah, tiba2 En. Hubby syakap " Keje kat tempat abg jelah", hurh...mesti dia duk mikir ms all the way atas moto td. aku bknnya pe...aku dah keje kat sini 6 tahun plus co' aku skrg mmg sedia establish cumenya lately ramai staff resign...ade berbagai sbb antaranya dapat offer bagus, tp sbb yg paling tepat..derang da boring nak tunggu Project Director release project insentif . Aku pun ala2 buhsan jugak nunggu neh!!!

Tp aku dah siap touch-up resume CV bagai ..??? :-p



Monday, May 18, 2009

My Princess Dgn Botol Bedaknya

Isnin Punye Crite

Hurh..aku sampai opis kul 8.00 pg ari ni, awal sket daripada biasa...sbb ape awal?? Sbb kuar umah awai la... huhu. Ari ni boring jek 2 org anak dara tu tak dtg, sorang mc sakit perut yg sorang lagi E.L sbb tak dapat balik K.L, komuter tergendala pulak semalam so, dia dia patah balik K.Pilah, hometownnya..

Alahai..tinggallah ahkak sensorang perempuan melayu terakhir kat opis neh, yg ada cume jantan2 yg mcm2 pesen. Issk... mcm ngeri je kan duk dlm kelompok jejantan kan? Tapi aku dah biasa, dah 6 tahun aku keje dlm construction site ni yg di ketahui lebih ramai kaum lelaki. Xde ape yg nak di janggalkan yg penting kite kene pandai bawa diri..tentukan niat kite yg sebenar utk mencari rezeki yg halal Aminnn...

Mmmm..keje melambak giler ari ni,last Saturday punye keje lah ni, sbb ahkak halfday every Saturday so ptg Saturday tu en. Boss pulun la bg paperwork kat haku...grrrr dah la xde assistant ari ni, esok lak consultant meeting..erkk...manyaknyer keje(aiseh kat sini sempat lg ko menempel eh!!!) hinnnsssss :D




Saturday, May 16, 2009

:-(.....

Aku ingin menangis...tp tiada berair mata, sedangkan di dalam hati ini bergunung-gunung kesedihan..

Tuesday, May 12, 2009

Monday, May 11, 2009

Kisah yg Happy

Semalam hari ibu kan..nak tggu anak2 wish derang pun tak faham ape lagi...So dlm keta ari sabtu lepas, En. Hubby yang tak romantik tetiba wish aku "Selamat Hari Ibu mama". Aku pun sengih jek sambil ckp maceh pa....xde la hadiah bagai cume aku rs sedikit klakar sbb dah 3 thn aku bergelar ibu. Baru pertama kali org wish mcm tu kat aku...xpela buat2 la anak2 ku yang wakilkan papanya utk wish aku. Hehe..

Ari Sabtu lepas jugak catat sejarah yg aku sampai ofis kul 7.30 pg, mmg agak janggal dtg opis awal pd ari Sabtu, biasanya batang idung aku akan muncul pd pukul 9.00 pg jek..tp di sebabkan En. Hubby ade IJN Charity Hunt on dat day...terpaksa la ku kuar umah awai pg tu. Biasanya every Sabtu mmg lebih freedom dari hari biasa, sbb staff ramai2 pg bekfes ngan bos kat Lotus Jln. Binjai ( sbb bos yg bayar bil kih..kih..) aku jarang nak join sbb aku bekfes ngan En. Hubby tercayang kat Medan Mara Kg. Baru ( perghh..pekena Nasi Lemak yg sodapppp!!!) Kalo bekfes ngan bos pun kul 9.00 jugak masuk opis, pe bezanya kan?? huhu..

Alkisah En. Hubby ade Charity Hunt ari Sabtu lepas kan?? Aku pun xde tanya cerita psl tu, xtau crite menang kalah...sbbnya ptg tu dia balik nmpk mcm tired & ngadu pening paler...So smpi malam tgh tgk Buletin Utama dia buke dialog..

En. Hubby: Ma xnak tanye pun pa psl Charity Hunt tu..

Aku: Hahh!!! lufer nak tanye, takut nak tanye sbb nmpk cam kalah jek..pa balik td muke cam moody jek (hihih ja'at kan bini dia!)

En. Hubby: Pa menang la dpt no. 2!

Aku: Hahh!! pastu dpt hadiah pe?(huhu..bajet nak share2 la tu)

En Hubby: Pa dpt RM1500 divide 3 org...

Aku: Senyum Kambin..... :-D

Happykan? kan?








Thursday, May 7, 2009

Aku Nak Jogging!!! Nak Jogging!!!

Lately mcm xde semangat ..rs malas, burin, mengantuk!!! nak bergerak tu lambat jek, tp laju sket dr kura2 la...nape ntah?? Selera makan ok, supplement pun telan, tidor pun nyenyak tp 6 jam jek(cukupkah??) Hmm..aku rs aku kurang stamina la, dah lama tak bersenam setakat wat senaman regangan kriukkk..kriakkk tu ade la...plus pulun wat keje umah yg tak pernah2 setel....huwarrrgghhh!! Aku selalu menguap, ari ni sj da brpa puluh ratus kali menguap pun tak tahu lah,( kalah hippo menguap yek!!) sampai rs tegang my jaw...huhu serius kan??

Pg td lagi sadis, ofis aku kat basement 1, toilet kat level 2 (imagine ku panjat tangga ke tingkat 4) ku naik tangga sambil berlari...fuhhh mak semput nyah!!!! Mcm tak cukup oxygen kan?? Tp betullah kalo aku dapat jogging seround 2 mmg aku rs aku lebih bersemangat lepas tu, badan rs ringan, fikiran lebih relax...

But when??

Weekend??

Sabtu keje, Ahad hari lazy mazy...lps lunch sume anak beranak pakat tidoq dpn tv, ape kes?? hishh.... xleh jd weekend ni kene pi jogging..tp leh janji ker tiap2 minggu pi jogging??? ehheheh..


Wednesday, May 6, 2009

Aku Bersyukur Bergelar Wanita, Isteri dan Ibu

Aku copy paste dari email yang kuterima, sedang aku dalam kebingungan dan terbaca email sebegini membuatkan aku segera bermuhasabah...merenung, berfikir dalam2 apakah ertinya hidup aku di dunia ini sebagai makhluk-Nya..

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.


Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ses ungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

Thursday, April 30, 2009

Yey..Yey.. Dah Jumpe Baju Omey

Yabedabeduuuu....akhirnya pencarianku dah dijumpai..huhu cam poyo jek! Sebenarnya dah lama aku cari romper set ni, sampai berhempas pulas aku menggoogle carter's romper kat tenet. Bnyk kedai online yg jual romper ni tapi sume out of stock!! Sampai la aku jumpe website mama zahraa , luckily dia ade stok lagi carter's romper set ni, girangnya hati ini dapat soping baju for my princess. Ngeh..ngeh..kalo bab perabih sape yg tak suke kan?? kan??

Tuesday, April 28, 2009

Pretty Spoon


It's pretty?? Hurh..new feeding spoon for my princess. Sudu2 kecik si Adam bnyk yg dah masuk tong sampah, mn taknya asal makan aiskrim ker, yogurt ker mesti sudu tu di buangnya sekali. Kalo teringat mak selongkar la balik tong sampah tu huhu....Wahhh!! tak sabarnya aku nak gune spoon tu, eheh mama ni pulak yg terlebih excited. Lepas balik keje ni nak prepare 1st meal utk my princess, mule dgn bubur kosong @ puree buahan, ermm...camne la reaksi Alin di suap makanan nanti ehehehe..


My Princess Turn 6 Today


Alhamdulillah... cukup 6 bulan hari ni Alin menyusu dengan mama, 2 bulan pertama selepas kelahiran Alin, tak terasa sangat rutin menyusu kerana mama masih bercuti tp 4 bulan berikutnya adalah hari2 yg sangat mencabar fizikal dan mental mama. Tak dapat di nafikan, dlm perjalanan itu adakalanya mama hampir2 tersungkur...tp mama tekadkan matlamat tidak akan sesekali mengalah, mama tidak sedih dgn kekalahan tp mama lg sedih jika Alin tidak dapat merasai nikmat susu mama ni, tak dapat di bayangkan jika mama tak dapat lg menikmati moment2 indah ketika menyusukan Alin.

Dan selepas 6 bulan juga, susu mama tiada kandungan antibodi lagi. Tapi yg pasti Alin akan dapat yg terbaik sehingga 2 tahun nanti. Insyallah...mama akan cube sedaya upaya. Semoga anak mama Amalin Syauqina menjadi anak yg solehah dan tak lupe juga hero kesayangan mama Adam Asyraff moga menjadi yg soleh jua.

Mama loves both of you!!!

Friday, April 24, 2009

Hikmah Di Sebalik Kejadian-Nya

Tadi...tgh aku surfing tenet, adelah sorang staf ofis aku suruh aku google satu mende..

"Cer tra type beruk putih".....

"Ado ghapo gak"??? Jwb aku.

"Cer tra tgk dulu".....katanya.

Aku pun google la beruk putih, ade crite dan ade gambar..
Subhanallah, seumur hidup aku tak pernah tgk beruk albino ni, kalo kecik2 dulu dah selalu sgt tgk beruk yg biasa tu, sebab bapakku bela beruk yg biasa panjat pokok kelapa tu...bekeng (garang) ya amat!! Takut nak masuk dekat.

Tapi ade sesuatu yg istimewa pd ciptaan Tuhan ni, munculnya beruk albino dalam kehidupan seorang petani di Thailand, telah bnyk mengubah nasib si petani, lebih tepat lagi kurniaan rezeki dari Tuhan kepada si petani ni.

Mengikut cerita dr staf ofis aku ni, beruk ni tak pandang perempuan yg tak pakai tudung, cth kalo ade pengunjung datang tgk dia duk dlm sangkar. Yang bertudung dia pandang selamber jek, sebaliknya dia palingkan muke. Mcm org pulak, beraurat2...hehehe..

Kalau beruk2 biasa mmg agresifkan, tapi beruk albino ni lain, sangat friendly dgn org yg dia tak biasa pun.

Kite mesti biasa tgk beruk mkn kan?? nmpk mcm tamak cara beruk makan, kunyah laju2 pastu suke simpan makanan kat pipi kan, then nmpk bonjol2 tu. Tp beruk ni lain pesen kunyah2 makanan then terus telan, xde lnsg habit mcm tu.

Kalo pengunjung datang pastu bagi duit pd beruk albino ni, beruk ni akan ambik duit tu, let say duit kertas singgit tu, beruk ni akan lipat2 duit tu dan bg balik pd org tu. Yang tak bestnya org tu buat duit tu sebagai pelaris pulak.

Sume crite ni, kwn ofis aku yg crite, dia pun tau mende ni daripada kwn dia yg duk kat kelate yg dah pg tgk beruk albino tu...

Kalo dia tipu ke ape ke . Wallahuallam

Refer to this Kisah petani bersama beruk putihnya selepas ditinggalkan isteri






Wednesday, April 22, 2009

Bebelan Petang Rabu

Erm...bowing nyer ari nie, bestnyer kalo dapat golek2 ngan anak time neh, hmmm....ape nak buat demi sesuap nasik kan...kene la keje, kalo hubby dapat tanggung sume blh la lepaks2 kat umah kan?? jd surirumah tangga yg lagi berserikan??Tp demi kelangsungan hidup yg lebih baik dan sedikit selesa maka aku dengan rela hatinya membiarkan tulang 4 kerat ini bekerja. Alhamdulillah...aku bersyukur kehadrat ilahi atas limpah kurnianya aku sihat walafiat. Aku masih mampu laksanakan tugas sbgi seorang pekerja, isteri dan ibu kepada 2 anak, namun kekurangan itu tetap ada. Ya ampun suamiku, bossku, anak2ku...kubuat sehabis baik utk kalian tau....

Rsnya mcm nak balik awal ari...awal ker?? dah pukul 5.40 ptg, tp depends pada En. Hubby la...sat nak cal dia

Okies, da cal En. Hubby, dia syakap kul 6 suku setengah...erk!!(ku mmg confirm dia takkan punctual nyer) So...mak akan kuar kul 6.30 yek. Kalo gerak kul 6.30 dari depan ofis ku ini mesti sampai dalam kul 6.50, tu kalo pederas pecut la...xdenyer nak berchenta kalo lakiku bw moto kay!!! Umahku syurgaku kat Selayang, So agak2 aku imagine sendirik mmg jauh bagak juge la, kalo tgk KLCC dari jendela tingkap umah aku, sayup2 jek KLCC tu, nmpk terkenyit2 lampunyer. Bile mood cuaca ok, Genting Highland pun leh nmpk gak(bajet nak holiday kat sana coti skolah ni bersama ibuku tersayang!)

Owh..dah kul 5.50ptg, terhegeh2 mak menaip ni, xleh kosentrate kerna di ganggu oleh staff kat ofis, derang hengat aku duk berchit chat. Cettttttttttttt!! xde maknenya. Mak sibuk berblogging neh!!! tgk aku ralit jek menaip pastu benti trus assume aku berchatting. Derang mn faham, blogging2 neh. Buktinya ade sorang staff yg fitnah aku yg ckp aku tgh berchatting, terpandang skrin pcku, "panjang nyer ko menaip ayat, chatting psl per tuh??"terus aku sangkal dakwaan tu , bahawasenya beta sedang berblogging la..."ape kemende jadah tu??" see..see..tp dia ngaku sendirik yg dia seorang yg buta IT. Psssttt.. aku rs, aku sorang jek yg de blog kat opis neh kui..kui..

Mak da ready ni ngan begpack, helmet bagai nak zaassss dah ni..tatta ye sume!!!

Saturday, April 18, 2009

My Princess Nak Nyumm Nyumm

Lagi 3 minggu my princess akan start makan, mamanya pulak terlebih excited kumpul menu resepi yg lazat lagi berkhasiat utk simanja tersayang. Alin dan pandai kecap2 air liur bile tgk org pegang makanan...tgk tgn org pegang makanan hingga masuk ke mulut..dia pandang jek, rs kasihan pun ade, cume mama blh letak sket kat bibir Alin, bg rs ...tp Alin tak blh mkn ye sayang... sistem usus Alin belum matang lagi nak proses makanan. Cukupkan 6 bulan ni minum susu mama yg beranti bodi lagi berkhasiat ni ye sayang...

Lepas ni kite leh makan bubur nasi yg lazat, puree buahan yg yummmy..yummy, lagi cepat Alin besar...makin pelbagai menu yg mama akan sediakan..semestinya yang terbaik utk anak mama yg tersayang. Abg. Long pun nmpk sangat kasihan pd Alin...kdg2 bile dia makan ape2, mesti cakap sambil suakan makanan "Alin... nak tak??nak tak??"then dia sendiri jwb, Alin tak blh mkn..nanti lekat(lekat kat tekak) dialog aku la tu!! Nasib baik dia ingat pesan aku, cuak jugak kalo duk leka kat dapur, di suapnya adik tu aiskrim ker, kopok ker, tak ker naya...

Teringat dulu masa Adam kecik...dlm pantang aku dah campurkan FM dgn nestum, sempat 2, 3 kali Adam telan nestum tu. Selepas kene tegur ngan kak ipar aku, katanya umo 4 bulan baru leh mkn nestum?? nasib baik dia cerdik jugak, sebenarnya aku pun xnak bg nestum seawal itu pada Adam tp nenek Adam yg suruh, katanya budak tu terjerit2 lapar, aku pun serba salah tak cerdik time tu...xleh nak salahkan dia jugak sbb mak aku kurang ilmu, ape tidaknya, mase aku baby dulu dlm pantang jugak mak aku suap nestum..asyik melalak jek kul 3 pagi pe lagi mak aku suap la nestum, terus tido kenyang tak larat kih..kih..kih..

Moral of the story kesilapan lalu, sesekali tidak akan berulang...

Pic from mylovelymummy.com


Thursday, April 16, 2009

Birdcage

Bircage sinonim sebagai hiasan dalam rumah omputih...rumah org Melayu pun biasa gantung birdcage @ sarang burung ni tp kat luar umah...ala wat bela burung, Tapi bagi aku ape kes nak bela burung?? dalam umah pulak tu, tak pasal2 bersilat bagai nanti nak cuci t**k burung tuh...tak kuasa mak tau!!!

Tapi aku gantung gak birdcage ni dlm umah, wat serabut2 sket dgn rumput rampai, jd la mcm ni...
Pastu sebijik lagi mini birdcage kene belit dgn munge2..


Ni Mat Salleh punye koleksi la pulak...

Yang ni lagi daring...ekekekekek


My Princess In Pink Mood




Semalam aku EL Sebab.....

Ye......... semalam aku EL (emergency leave) sbb EBM Alin ade 3 botoi kurang 2 botoi lg camne la nak anta Alin ke umah pengasuh, bekal tak cukup!! Bz ya amat sangat xleh nak wat ape uhukkss...Stok EBM dlm freezer pun zero, dah berkurun lamanya aku tak wat stok...pump ari ni, ngam2 utk Alin minum esok. Lately, aku pump 3 kali sehari jek kat opis...sblm gi keje pun aku pump...bgn 5.30 pg setiap ari.

Penat mmg penat, tp aku puas...dan aku tak nak lagi lepaskan moment2 indah especially bile tgk muke my princess tgh menyusu direct...mmg tak penah aku suakan botol susu kemulutnya except pengasuh jer.

Satgi, aku nak pump susu yg kali ke-4 dlm hari ni, syukur masih ade rezeki untuk anakku...

Monday, April 13, 2009

Monday Mood

Selalu sangat perkataan "Monday Mood" ni orang describe hari yg boring lazy mazy nak wat keje, rs kurang bersemangat la, hari yg moody la (dialog free: " sesapa jgn kacau aku ari ni, kalo tak nak mkn penampar jepun!!!") sampai mcm tu skali label hari Monday ni..aku pun tak terkecuali..alasan paling kukuh aku sebab semalam hari Sunday...sepatutnya hari utk bermalas malasan bg org yg single mingle (ye ker??>>>bg aku dulu la sebelum kawin, blh la continue tido lps solat subuh sampai tengahari) kikiki buruk prangai!! Sekarang dah lain la sbb aku da belaki, beranak pinak xkan nak wat prangai gitu2 lagikan...

So hari Ahad biasenya aku pulun buat keje umah sampai petang, aku mmg camtu...aku paling suke punye giler mengemas rumah, sampai en.hubby pun segan nak pijak lantai (licin berminyak mak cakap tau) dan dgn syarat si hero dan en.hubby kene kuar umah buat sementara waktu, pg plyground ker @ lepak kedai mamak pekena roti canai ker, sbbnya kalo si hero tu ade mmg tergendala la keje umah!! dan mak pun akan stress giler kalo tak dapat kemas umah ari Sunday tu...hinnsss...kalo Agong datang sekalipun, mak takkan sesekali turun, slagi keje umah tak beres (y0..yo..oo jek, tp kalo org nak blanje soping mak pederas jugak)kikiki..

Berbalik kepada crite "Monday Mood", disebabkan Sunday semalam pulun buat keje rumah dan rs letih. Tu yg wat penyakit lazy mazy tu datang tu...tp xde la sampai keje kat ofis ni tak siap ek. koje mak ni mano ado dateline nyor..asal siap sudah, kalo tak siap lu pikir la sendiri!! (best nyer Nabil dpt keto free semalam plus dapat awek cun Irma Hasmi ( bertuah badan yob!! sah2 senget loghat rojak nogori campur perok)


Hmmm...

Mak pulang dulu ya...en. hubby da sampai tata... titi... tutu...
Jumpe esok, Tuesday Mood pulak yeh! yihaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....



Friday, April 10, 2009

Hari Ini Aku Di Fitnah...

Ya Allah!! Dugaan apakah di pg Jumaat yg Mulia ini?? Seorang hambamu telah memfitnah aku tanpa usul periksa!! Aku tidak bersalah!! Aku tidak gentar kerana aku di pihak yg benar!! Aku sedia bersemuka bila masa sahaja...Mudah benar manusia itu menabur fitnah seolah-olah mahu menutup kesilapan diri sendiri!! Kau tidak akan dapat lari dari kenyataan yg sebenar kerana lambat laun kebenaran itu akan muncul!!

Sedih aku sedih, bercampur baur dgn rs geram...kerana aku bukan semulia2 manusia utk menahan rs amarah...namun tiada ape yg boleh aku lakukan selain beristigfar, mengalirkan air mata yg sekian lama bertakung sejurus di hambur kata fitnah...

Di ikutkan rasa..malas utk aku berdepan dgn orang yg bodoh lg sombong ni..tp demi seorang sahabat yg sgt membutuhkan pertolongan seorang kawan aku sedia berhadapan dgn manusia itu!!!!

Thursday, April 9, 2009

Mummy....I'm in the Mirror!!

Cute little boy sucking his thumb...
argghh!!!geram sungguh rs nak geget2 jek...

Tuesday, April 7, 2009

Aku Ibu Beranak 2

Prfffff...baru dapat bersandar,duduk dgn betul atas kusi ni, sambil hirup oligo coco panas...nikmatnya. Back to the topic....


Sejak aku beranak 2 aku perasan waktu 24 jam tu rs sekejap sgt, hari aku bermula seawal jam 6 pagi...bersiap bagai , kejutkan Adam, salinkan pampers Alin, sarungkan sweater dan helmet, galas begpack dan turun dari rumah by lift(dr tingkat 7).Vrooommmm...antar anak2 ke umah pengasuh. Jam 7.45 pg aku dah berada di Jln. Kuching(i'm from Selayang), sedia maklum kan Jln. Kuching mmg giler jammed, lebih 8.15 pg gerenti punch card en. hubbyku akan merah(my co' xde punch card heheh..) So pe lagi mmg rempit abis lah!! Bile sesekali ingat mmg tawakal jek duk atas jalan raya hari2, nek moto lak tu...mmg berisiko..abis camno mmg kene redah jugak demi sesuap nasi.

Rutin seharian kat ofis mcm biasa cume bertambah satu schedule (pumping work ), 3-4 kali sehari, yg mengambil 15 -20 minit setiap sesi...nasib baik aku dpt bos yg begitu memahami...also thanks to my assistant yg selalu mencover line bile aku kerap missing ehehhehe...tau2 da pukul 12 tghari, waktu lunch break....kul 1 ptg sambung keje blk sambil "menggoogle", (ni mmg timing mak suft tenet).tup..tup..dah kul 5. Alahai... nak sgt mase ni da on da way blk umah, jgn harap la, selalunya duk melangut kat ofis ni sampai kul 7 mlm pun penah..sbb kite tggu en. hubby dtg amik, kdg2 dia oncall..jarang sgt dpt balik awal. Nak balik gune public transport pun sampai lewat jugak..baik tunggu en. hubby dari berdiri all the way dlm bus..tak kuasa mak!!!

Ni baru td en. hubby msg "Kul 6.30 tggu Ampang Park" see..see.. kang mak da ckp. Confirm kul 7.00 mlm baru smpi umah, amik anak2 dulu, sesampai je kat umah lepas rindu dendam ngan anak2 dulu, golek2, gomol anak atas katil. Best giler hilang rs lelah tu sekejap...then back to housewife duty...cooking for en.hubby, masak yg simple jer. Buat sume keje kat dapur sendiri sementara hubby tgk2 kan anak2 terutama Si Adam sbb dia suke masuk dapur mengacau mamanya. Silap ari bulan, mama tgk syok menumis, di gegetnya montot kite...Ayakkk!!!
(kisah benar tau!)

Tup tap..tup tap..iron baju, jeling2 cite kat tv, kemas baju anak2 masuk dlm beg, dah pukul 12 , time nilah selalu masuk tido...tak pernah terawal..terlewat lagi ada, tp tulah.. ke salah "time management"??? Sebenarnya Tuhan dah bg waktu 24 jam sehari tu cukup, terpulang pada kite sebenarnya nak plan, mungkin aku rs perjalanan waktu tu cepat sbb ianya di penuhi dgn pelbagai aktiviti, so far aku tidaklah pernah kesuntukan masa, hingga mempengaruhi kerja di ofis mahupun di rumah..tp standard arr..kalo kain baju kat umah menimbun tak berlipat tuh...(tggu la weekends yerk) kalo tak gi merewang tempat lain ler...eheheh

Itulah kisah aku ibu yg beranak 2, kisah ibu yg beranak 3, 5 thn lagi k..insyallah(planning biar betui ekekekke)




Saturday, April 4, 2009

Sabtu in English is Saturday

Hari ni hari Sabtu cam biase aku keje halfday, ok la best jugak sbb tak fullday kan..tp lagi best giler kalo cuti mcm En. Hubbyku, jeles jek..tiap sabtu aku keje tp dia weekends cuti...dah lame dia ajak aku keje di bawah satu bumbung ngan dia...but different dept..ntah la xrs excited sgt...actually rs lebih freedom my Co' ni...his Co' mcm strict sangat(yolah mak ngaku tahap disiplin mak ni goyah sket). My Co' dulu penah wat extension project PICU kat Co' dia (tu yg temu jodoh ngan en. hubby kat sana tu heheh..) so aku dah masak sgt dgn enviroment kat sn, dah tau toilet kat mn2, bilik OT kat mn, HR kat mn waima bilik Doktor jantung pun mak dah hafal..

Mmm..tp camne rs ek keje sama tempat ngan hubby??hmm...can i still act like normal?? huh..lenkali la mak pikir...nak terkucil neh..hissshhh

Friday, April 3, 2009

Tin Lorry Famous Amos

Tengahari td aku decide nak lunch kat Suria KLCC, dah lama tak merayap jauh sket..asyik2 Ampang Park & PNB Darby Park lokasi kami cari makan(Lunch), segera kumaklumkan kepada 2 anak dara pingitan di ofis ni, nampaknya mereka juge sepakat bersetuju dgn cadangan aku tu..(pehhh..excited giler, mcm la tak pernah sampai KLCC tu) padahal ujung ekor mata jek!

Sampai suria KLCC dah tak tahu nak isi perut kat mn??So di sebabkan memasing nak menjaga bajet, sorang anak dara tgh kumpul duit nak kawin..dan mak dara sorang ni bajet nak beli CD, heheh ntah ape2 ntah..So we all decide makan dkt food court yg agak "mesra wallet" tu. Kalo rs nak belagak kaya leh la lunch kat DOMe ker, Chili's ker..wat ever lah...bil tanggung sendirik!!

Sedap betul Spagetti Marinara td...nyaris aku nak order sepinggan lagi Alfredo...gullpp, pastukan..pastukan on da way nak blk td aku terhidu aroma beskot yg sgt mengujakan,dah tahu dah si famos amos tulah, kebetulan aku ni kan suke collect tin2 maka aku amik kesempatan sambil menyelam minum air, beli beskot yg telah siap di tinkan(beskot leh makan tin leh jadi hiasan atas gobok kat dapur)...

Nilah mende alahnye, Tin Lorry famous amos(harus Adam tersenyum lebar nmpk lorry ni, ayakkk...jgn la wat main Adam, ni toys mama ni)






Thursday, April 2, 2009

CD VS DD

Di kalangan mommies skrg hebah memperkatakan tentang CD(Cloth Diaper), yeah!!! (aku di antara mommy itu)...egegegegege, sesungguhnya penggunaan CD ini sangat berbaloi walaupun pada dasarnya aku belum faham cara penggunaannya, bg aku CD sangat magic kerana CD ni berciri one size fit all, dari infant sampai toddler blh pakai lagi...xpayah beli lain2 size.. best kan??thumbs up pd founder CD neh..(sapo eh.. founder tu eden pun tak konal)

Pada harga RM49.00 sehelai, aku rs sgtlah reasonable (walapon pada hakikatnya selai pun mak xde)heheh..penggunaan CD ni secara tak langsung dapat mengurangkan sampah isirumah, berbanding DD(Disposable Diaper) yg 50% adalah sebahagiannya sampah isi rumah. Sebenarnya risiko penggunaan DD ni mmg lama dah aku tahu iaitu kesan ketoksikannya pada sistem badan manusia, terutama pada baby..isk..bile ingat balik rs sedih pulak bila bayangkan my baby masih pakai DD (sayangku Alin mama akan sedaya upaya cube kurangkan penggunaan DD nih, biar pun xdpt beli sedozen sekali gus, kite beli berdikit-dikit dulu ye sayang) Aku suke meng"refer" blk entri dr blog kak sue lunatots ttg DD & CD neh..sungguh informative.

Dan baru semalam aku beli DD jenama baru, iaitu brand Fitti360 kerana Alin sudah sedikit membesar, Huggies bercutting kecik, hingga da blh nmpk lurah bontot Alin erkkk...cute jugak la ade cartoon printed....


Tapi....tak secute yg ini!!!!!Waaaa...nak order jugak!!!!
photo from maryaa oogle blog





Tuesday, March 31, 2009

Vitamin Ape yg Anda Makan?

Topic kite pada petang ini mengenai vitamin @ makanan tambahan yg kite makan utk menggantikan balik zat2 yg terkurang dlm makanan ruji seharian kita..yeah!!! ini pemahaman sendiri ekekekeke..to medical pro please correct me if i'm wrong...sebenarnya aku bukanlah pengamal vitamin yg tegar...aku telan vitamin ni ikut sedap mulut jek sebenarnya, tp di sebabkan kelemahan sistem imun badan aku yg akan terketar2 jika ade virus dtg menyerang maka aku terpaksalah memasang perisai sebagai persediaan, bak kata pepatah sediakan minyak masak sebelum menumis...egegegege

Berbalik kepada kepentingan vitamin pada diri aku, ye diri aku...(sbb ni kisah idup aku, takkan aku nak cite kesah idup tok penghulu kg pulak) hinnsss....

1. Since aku tgh eklusip menyusukan my princess so secara tidak langsung meningkatkan kualiti susu ibu.

2. Since aku selalu mendaki tangga dari basement 1 ke level 2 utk ke toilet(4 tingkat woooo) 5 kali sehari, so i need an extra energy. Mak somputtt sokmo weh...

3. Since aku ni berdarah sejuk(uih ade darah panas sejuk eh) dan mudah sakit...mesti ade extra precaution...

Sekian, bebelan utk petang ini.

2 jenis vitamin yg mampu aku telan,
uih lazatnya roti gardenia spread ngan peanut butter tuh..yummy..yummy..

Note: Maafkan penulis yg kurang center pada petang ini, atas sebab kecelaruan pemikiran. Harap maklum.

Pacifier My Princess

My princess punye habit sejak lahir suke hisap jari, bukan la perkara yg pelik sangatkan tapi mmg ccute sgt tgk baby hisap jari, berbeza dgn anak sulong aku Adam, xpernah hayat jari masuk kemulutnya dgn sengaja, kalau jilat lebihan coklat or makanan yg dia suke tu adela, ade baby yg hisap penumbuk la(hisap genggaman tgn) hisap baju yg di pakai, hujung lengan baju, kalo terer lg kaki pun leh smpi lam mulut...

Org kata baby yg hisap jari ni budak baik, pandai berdikari...kadang2 blh jadi jugak jd signal yg tunjuk dia lapar, tp my princess pun selepas menyusu sendawa burppp!!! pun suka duk kunyah, hisap jari tu..ayooo..kalo di biarkan leh kecut jari, ade jugak org cakap baby yg minum susu ibu cenderung hisap jari..ntah la. Adam dr dulu smpi skrg minum fm jek sbb mama dia dulu lack of knowledge tp skrg da pandai sket sbb tu sampai kehari ni Alin masih dapat menikmati susu ibu. Alhamdulillah...

Jom kite layan pic Alin dgn pacifiernyer...Jari manisku dan Jari Hantuku adalah pujaan hatiku.

Ini rattle sy, namanya lionel & eleps..cutekan mereka

iskk..nape rs eskerim koneto nih...

Yeyy..yehhh..

Ahh..mama ni, kaco Alin tido jek..