MAM BREASTPUMP GIVEAWAY

MAM BREASTPUMP GIVEAWAY

Thursday, May 28, 2009

Amalin Turn 7 Today


Sekejap jer mase berlalu dah 7 bulan usia Amalin Syauqina hari ini. Syukur Alhamdulillah...dia membesar dgn sihat, jarang di timpa sakit cume selsema biasa yg hilang kurang seminggu, sepanjang 7 bulan baru 2 kali dpt demam, tu pun tak lama 2, 3 hari...berbeza dgn Adam dulu..kalo demam mmg tak sah kalo suhu tak capai 39 darjah celcius. Tak tido malam di buatnye, selama hayat 2 thn stgh tu.. 3 kali warded sbb high fever dan penah skali kene fits! Hurh..mmg mmg cuak giler time tu...Tapi bile adam dah 3 thn ni dah xde demam panas mcm dulu dah..

Mmg nmpk beza susukan anak dgn susu badan @ susu formula. Amalin nmpk lebih kebal dalam merintangi serangan penyakit, berbanding Adam yg mase kecik minum FM, dalam pantang dah telan ubat batuk bagai...Mudah sgt nak kene sakit, Bkn nak condem lnsg FM ni, sbb Adam pun stil minum FM lagi...FM ni kira alternatif lain la..kiranya si ibu mmg sangat2 tidak mampu nak susukan anak. Ade pelbagai sbb mungkin kurang ilmu @ sbb sakit.

Sememangnya menyusu anak bagi ibu yg bekerjaya seperti aku ni mmg mudah tapi tak terlalu senang, bnyk cabarannya, bnyk juge kelebihan...Aku berdoa pada Tuhan semoga kuatkan semangatku utk terus menyusukan Amalin selama 2 tahun.. Insyallah




Friday, May 22, 2009

Ujian Untuk Along

"Tie..sy peknen, Tp rahim sy kosong bile scan"

"Sy sakit kat perut belah kiri"

"Doc kata maybe sy mengandung luar rahim. Sy takut... :-(

Ya Allah!! mengucap panjang aku bile terima sms dari Along pg tadi...mujurlah aku tak begitu bz pg tadi, segera aku dail no dia. Ade tangisan di permulaan bicara. Aku tahu Along sangat sedih, kenyataan itu sememangnya agak pahit utk dia telan buat kali kedua kerana thn lepas along penah keguguran. Tiada apa yg dapat aku bantu melainkan kata2 semangat utknya supaya redha dgn ketentuan Ilahi.



Thursday, May 21, 2009

Macam-Macam

Macam-macam yang berlaku sepanjang minggu ni...ade cerita pasal En. Hubby pecahkan frame gambar kesayangan!!! Grrr..blh pulak main bola dgn Si hero tu dlm umah, tak psl2 frame cap lovely lace jatuh pecah kene tendangan bola En. Hubby. Sorry berlorry-lorry dia mintak. En. Hubby ckp nak ganti lain, tp frame tu mmg dah xde di pasaran dah. Berjejeh jugak air mata mak neh time tu uhukkss...

Cerita seterusnya, mengenai aku akan di transfer ke Project Grand Hyatt on 1st July. Erk..tatau nak rs mcm mn, sbb langsung xde dgr desas desus psl aku kene transfer. Rs belum ready lg nak pindah site, kat sini pun belambak lagi keje..walopon projek ni dah nak handover kepada Client. Tp nak wat camne sbb projek itu membutuhkan bantuanku, terpaksa rela la juo...

Berita peng' transferan ' itu ku kabarkan pd En. Hubby, saje ku wat gempak pd mulanya...syakap berita palsu yang aku akan di transfer ke Dubai, terkejut badak sumbu laki aku..haha ja'at betul aku ni mensuspenkan En. Hubby. Bile aku dah gelak2, dia dah tau yg aku mainkan dia...Dia wisau la kalau2 aku transfer keluar dari area"Golden Triangle"neh, bukannya ape jauh nanti nak ngantar pg ambik bini dia yg xdo lesen keto, moto neh..(tak tau bilo pobia mak ni nak ilang!!!)

Sampai je kat umah, tiba2 En. Hubby syakap " Keje kat tempat abg jelah", hurh...mesti dia duk mikir ms all the way atas moto td. aku bknnya pe...aku dah keje kat sini 6 tahun plus co' aku skrg mmg sedia establish cumenya lately ramai staff resign...ade berbagai sbb antaranya dapat offer bagus, tp sbb yg paling tepat..derang da boring nak tunggu Project Director release project insentif . Aku pun ala2 buhsan jugak nunggu neh!!!

Tp aku dah siap touch-up resume CV bagai ..??? :-p



Monday, May 18, 2009

My Princess Dgn Botol Bedaknya

Isnin Punye Crite

Hurh..aku sampai opis kul 8.00 pg ari ni, awal sket daripada biasa...sbb ape awal?? Sbb kuar umah awai la... huhu. Ari ni boring jek 2 org anak dara tu tak dtg, sorang mc sakit perut yg sorang lagi E.L sbb tak dapat balik K.L, komuter tergendala pulak semalam so, dia dia patah balik K.Pilah, hometownnya..

Alahai..tinggallah ahkak sensorang perempuan melayu terakhir kat opis neh, yg ada cume jantan2 yg mcm2 pesen. Issk... mcm ngeri je kan duk dlm kelompok jejantan kan? Tapi aku dah biasa, dah 6 tahun aku keje dlm construction site ni yg di ketahui lebih ramai kaum lelaki. Xde ape yg nak di janggalkan yg penting kite kene pandai bawa diri..tentukan niat kite yg sebenar utk mencari rezeki yg halal Aminnn...

Mmmm..keje melambak giler ari ni,last Saturday punye keje lah ni, sbb ahkak halfday every Saturday so ptg Saturday tu en. Boss pulun la bg paperwork kat haku...grrrr dah la xde assistant ari ni, esok lak consultant meeting..erkk...manyaknyer keje(aiseh kat sini sempat lg ko menempel eh!!!) hinnnsssss :D




Saturday, May 16, 2009

:-(.....

Aku ingin menangis...tp tiada berair mata, sedangkan di dalam hati ini bergunung-gunung kesedihan..

Tuesday, May 12, 2009

Monday, May 11, 2009

Kisah yg Happy

Semalam hari ibu kan..nak tggu anak2 wish derang pun tak faham ape lagi...So dlm keta ari sabtu lepas, En. Hubby yang tak romantik tetiba wish aku "Selamat Hari Ibu mama". Aku pun sengih jek sambil ckp maceh pa....xde la hadiah bagai cume aku rs sedikit klakar sbb dah 3 thn aku bergelar ibu. Baru pertama kali org wish mcm tu kat aku...xpela buat2 la anak2 ku yang wakilkan papanya utk wish aku. Hehe..

Ari Sabtu lepas jugak catat sejarah yg aku sampai ofis kul 7.30 pg, mmg agak janggal dtg opis awal pd ari Sabtu, biasanya batang idung aku akan muncul pd pukul 9.00 pg jek..tp di sebabkan En. Hubby ade IJN Charity Hunt on dat day...terpaksa la ku kuar umah awai pg tu. Biasanya every Sabtu mmg lebih freedom dari hari biasa, sbb staff ramai2 pg bekfes ngan bos kat Lotus Jln. Binjai ( sbb bos yg bayar bil kih..kih..) aku jarang nak join sbb aku bekfes ngan En. Hubby tercayang kat Medan Mara Kg. Baru ( perghh..pekena Nasi Lemak yg sodapppp!!!) Kalo bekfes ngan bos pun kul 9.00 jugak masuk opis, pe bezanya kan?? huhu..

Alkisah En. Hubby ade Charity Hunt ari Sabtu lepas kan?? Aku pun xde tanya cerita psl tu, xtau crite menang kalah...sbbnya ptg tu dia balik nmpk mcm tired & ngadu pening paler...So smpi malam tgh tgk Buletin Utama dia buke dialog..

En. Hubby: Ma xnak tanye pun pa psl Charity Hunt tu..

Aku: Hahh!!! lufer nak tanye, takut nak tanye sbb nmpk cam kalah jek..pa balik td muke cam moody jek (hihih ja'at kan bini dia!)

En. Hubby: Pa menang la dpt no. 2!

Aku: Hahh!! pastu dpt hadiah pe?(huhu..bajet nak share2 la tu)

En Hubby: Pa dpt RM1500 divide 3 org...

Aku: Senyum Kambin..... :-D

Happykan? kan?








Thursday, May 7, 2009

Aku Nak Jogging!!! Nak Jogging!!!

Lately mcm xde semangat ..rs malas, burin, mengantuk!!! nak bergerak tu lambat jek, tp laju sket dr kura2 la...nape ntah?? Selera makan ok, supplement pun telan, tidor pun nyenyak tp 6 jam jek(cukupkah??) Hmm..aku rs aku kurang stamina la, dah lama tak bersenam setakat wat senaman regangan kriukkk..kriakkk tu ade la...plus pulun wat keje umah yg tak pernah2 setel....huwarrrgghhh!! Aku selalu menguap, ari ni sj da brpa puluh ratus kali menguap pun tak tahu lah,( kalah hippo menguap yek!!) sampai rs tegang my jaw...huhu serius kan??

Pg td lagi sadis, ofis aku kat basement 1, toilet kat level 2 (imagine ku panjat tangga ke tingkat 4) ku naik tangga sambil berlari...fuhhh mak semput nyah!!!! Mcm tak cukup oxygen kan?? Tp betullah kalo aku dapat jogging seround 2 mmg aku rs aku lebih bersemangat lepas tu, badan rs ringan, fikiran lebih relax...

But when??

Weekend??

Sabtu keje, Ahad hari lazy mazy...lps lunch sume anak beranak pakat tidoq dpn tv, ape kes?? hishh.... xleh jd weekend ni kene pi jogging..tp leh janji ker tiap2 minggu pi jogging??? ehheheh..


Wednesday, May 6, 2009

Aku Bersyukur Bergelar Wanita, Isteri dan Ibu

Aku copy paste dari email yang kuterima, sedang aku dalam kebingungan dan terbaca email sebegini membuatkan aku segera bermuhasabah...merenung, berfikir dalam2 apakah ertinya hidup aku di dunia ini sebagai makhluk-Nya..

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.


Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ses ungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10