MAM BREASTPUMP GIVEAWAY

MAM BREASTPUMP GIVEAWAY

Monday, June 29, 2009

Tomorrow Is My Last Day


Esok my last day at Goldis Tower Site..(saje nak meroyan dulu sbb esok takut tak nyempat2 sbb esok mak halfday ) Uhukk..rs sedey nak meninggalkan my work station di mana dah 2 thn ku sini. Like my boss said "time is so fast, all gone one by one". Mcm tu la adat kerja dalam dunia construction ni...bile siap sebijik bangunan, semua akan beransur kuar dari tapak..Teringat memula aku datang tempat ni, pakai boot pua chu kang ngkau!! Redah selut, nak masuk opis...mase tu tgh wat excavation, foundation bagai...then sekarang 2 thn berlalu, bangunan setinggi 30 tingkat siap di bina dgn jayanya.

Ntah la aku bukan tak biasa pindah randah tempat kerja, bukan company hokey... Imbau balik di mana aku telah di syampak selama 6 thn ni..

- Putrajaya International Convention Centre
- IJN PICU Extension Project
- Impiana@ KLCC Hotel
- Riana Green East Condominium
- Goldis Tower Commercial Building

& Last but not least

Grand Hyatt.......... here i come!!!






Tuesday, June 23, 2009

Peringatan Untuk Isteri-Isteri

1. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
mendahulukan kemahuan dan keinginan
suaminya dari kemahuan dan
kehendaknya sendiri.

2. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
bersikap malu terhadap suaminya,
bersopan santun pada setiap
perkataan dan perbuatan.

3. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
berhias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya apabila ketiadaan
suami.

4. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
bersedia melayani dan memenuhi
kehemdak batiniah dan zahiriah suami
bila diperlukan.

5. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menjaga kebersihan, kesihatan dan
kesempurnaan diri, rumah tangga
dan anak-anak suaminya.

6. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
mencintai dan menghormati kelluarga
suaminya seperti mana ia
mencintau dan menyayangi keluarganya
sendiri.

7. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menjaga auratnya dari pandangan yang
bukan mahramnya.

8. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menjaga pandangan matanya dari perkara-
perkara yang tidak sihat dan
mungkar.

9. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
memberikan kesetiaan, ketaatan dan
kepatuhan kepada suaminya selagi
suruhan itu tidak bertentangan dengan
perintah syariat.

10. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
memberikan layanan dan kasih saying
yang sepenuhnya dan membuatkan
suaminya merasakan rumah tangganya itu
sebagai tempat yang paling
selamat untuk mendapat ketenangan dan
kebahagiaan.

11. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menjaga rahsia serta maruah suami dan
keluarganya, demikian juga
dengan maruahnya sendiri.

12. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menjadukan suaminya sebagai ketua
dalam rumah tangga mereka sesuai
dengan sifat-sifat yang telah
dianugerahkan Allah kepada kaum lelaki.

13. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
memohon keizinan suaminya untuk keluar
dari rumah kerana sesuatu
hajat yang diharuskan oleh syara’.

14. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang
sentiasamemohon keizinan suaminya jika
mahu mengerjakan puasa sunat.

15. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
bersyukur dan tenang di atas segala
dugaan dan nikmat dari Allah
yang diberikan kepada suaminya.

16. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menemani suaminya ke muka pintu bila
ia hendak keluar dan
menyambutnya dengan seyuman bila ia
pulang.

17. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang tidak
membenarkan lelaki bukan mahram
memasuki rumah ketika ketiadaan
suami.

18. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
bersedia melaksanakan tugas dan
tanggungjawab sebagai seorang
isteri, ibu dan segala perintah Allah
dengan tabah dan sabar.

19. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
berdiam diri dan mendengar bila
suaminya sedang bercakap.

20. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang tidak meminta
sesuatu yang lebih dari suaminya
sedangkan ia tidak mampu untuk
menunaikannya.

21. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menerima pemberian suaminya dengan
penuh kesyukuran dan keikhlasan.

22. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang bijak
menguiruskan harta suami dalam
berbelanja dengan kadar yang
sederhana dan tidak membazir



Wednesday, June 17, 2009

Cute Stuff

Tadi aku lunch kat PNB Darby Park on da way balik aku singgah gerai jual buah, pastu ternampak brooch yg kiut miut neh..Ayakk!! mak meroyan tgk mende2 comel camni...


Brooch ni dari China pakcik jual buah tu cakap, sume cumil2 tp aku beli 4 ketui jek..Rega seketui 3 hengget, beli 4 ketui 10 hengget...Gulpp..!!

Tuesday, June 16, 2009

Gosh!!!! I'm Just Lovin It !!!

Walla... aku suke bangat coci mate petang2 begini, hmmpppp!!! Berangan jangan pernah abezzz!!!!



Cerita Demam

Dah lame tak berblogging, ade bnyk mende nak merapu tapi...kesuntukan masa, kadang2 ade ms yg sikit tu seronok duk jengah belog org lain..kui..kui..Bercakap perihal kesihatan bg bulan June ni, dah 2 kali aku di serang demam, mula2 Adam yg demam, pastu turn aku pulak..demam selsema+batuk+ sakit tekak+ sakit urat sume cukup lengkap. Lega 2, 3 ari...pastu leh demam balik..hurh!! demam ni lain mcm sket mai seram sejuk, pastu hilang..pastu tetiba panas giler pastu mengigil pulak..aku pun rs mcm tak sedap ati tak sedap badan camni tak kan la simpton2 nak dapat adik lg kot..Oh tidak!!!! I'm not ready yet, Alin pun tecit lagi...maka mak dgn segan silunya pg beli UPT test kat farmasi...Siap set reminder ngkau subuh esoknya takut terlupe nak mengecheck urin huhu..

Serius mak gigil tau..hehe...so resultnya satu line jek kuar. Kusss semangat......

Tak abis lagi citer pasal demam okey. Mase aku dan Adam demam tak hengat ari tu....surprisingly my princess tak demam pun!! Alhamdulillah kuat jugak dia..tapi kan hehe..selepas seminggu kita org abis demam baru dia demam...Kire okey lah tu xde la 3 beranak serentak demam kan?? Ponin paler En. Hubby nanti ekekeke..

Okeis, dah abih gian merapu...