MAM BREASTPUMP GIVEAWAY

MAM BREASTPUMP GIVEAWAY

Saturday, August 22, 2009

Giveaway

Salam,

Saya dengan sukacitanya ingin memberikan MAM Breast Pump c/w DVD ( excl. bottle) kepada mommy yang memerlukan, kepada anda yg sudi di kehendaki memberi sedikit KOMEN dan mengapa anda layak menerima BP ini. Especially utk geng2 susuibu.com yang tak jemu2 mencari dan berkongsi ilmu ttg penyusuan exclusive ni.

BP ini sy peroleh dgn FREE juga dari maryaa(http://maryaa_oogle.blogspot.com) , kalo ade yg masih ingat maryaa pernah buat giveaway ini. Dan sy sgt bertuah pd waktu tu menjadi top commentor. BP ini telah bnyk berjasa pd sy, tp skrg sy tak gunakannya lagi, so daripada tersimpan baik sy beri pd mommy yg perlukannya.

Sy juga menjemput maryaa, sebagai juri utk mengadili komen2 dari mommies semua.

Tarikh tutup penyertaan adalah 28th August 2009.






Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan


Selamat Berpuasa untuk seluruh umat islam tidak kira di mana jua berada, semoga dapat menjalani ibadah yang wajib ini dengan penuh tawaduk.

Mohon maaf jua di pinta jika ade salah silap kepada semua rakan maya yang mengenali diri ini.




Thursday, August 20, 2009

Resignation

Ye ...aku akan meletak jawatan di syarikat tempat aku bernaung selama 6 tahun, 30 ari lagi bermula pada hari ini, terlalu banyak bnyk sebab yg menyumbang kpd keputusan aku yg satu ni.... kerana aku akan berhijrah ke Kuantan bersama anak2, demi meraih satu peluang yg mungkin dapat membaiki ekonomi keluarga dan pada masa yang sama dpt melihat sendiri anak2 membesar di depan mataku 24 jam sehari...mujurlah perancangan yg aku buat ini mendapat restu dari kedua ibu bapaku dan suami.

Tentu saja profisien ku akan berubah selepas ini, tiada lagi bergelumang dgn kertas2 kerja, drawing @ plan, tiada lagi menatap skrin komputer menaip data penting...tiada lagi menerima pay slip di hujung bulan, bahkan tiada pula wang gaji masuk ke dalam akaun maybank setiap bulan seperti biasa dgn amaun yg sama. Tiada lagi event2 yang dapat ku hadiri di hotel2 dan makan2 free yang di taja oleh subcontractor.

Nah!!! aku tidak ralat meninggalkan semua itu, semuanya pada mata kasar nmpk elok, tiada sebab utk aku meninggalkan syarikat ini, tp sebaliknya tiada siapa yang tahu,aku tidak nampak nasib ku di sini secerah mana, aku terlalu letih berkejaran dalam melakukan tugasan, letih menghadap politik di tempat kerja, banyak pula masa di habiskan di jalan raya di waktu pergi dan pulang dari kerja, senja menjelma baru dapat bersua dgn permata hati. Dan keputusan aku adalah muktamad, aku perlu buat sesuatu untuk keluar dari kemelut ini..

Aku pasrah jika penghijrahan kembali ke tanah tumpah darahku dapat mengubah nasibku @ sebaliknya namun aku yakin dengan niatku yang sebenar, Ya Allah permudahkanlah urusanku Aminnnn...

Friday, August 14, 2009

Hujan Oh Hujan

Hujan melanda lagi sekitar golden triangle ni, hmmm...alamatnya jammed teruklah lah ibu kota Kuala Lumpur daripada kebiasaannya yang dah mmg sedia jammed...biarlah dia turun selebat mn pun, sesungguhnya ia adalah suatu rahmat yg turun menyubur dan mendamaikan bumi yang sering kegersangan.Chewahh... puitis pulak petang ni...hmmm syiok nyer layan tenet sambil hirup secawan coffee latte from Belgium. Pekena pulak dgn biscotti ..Perhhhh!!!

Srruuuppp... Jemput Minum

Tuesday, August 11, 2009

Muhasabah Diri

Sejenak ku terfikir, betapa paniknya dunianya hari ini, tersebar dgn wabak pandemik yg sudah meragut 39 nyawa setakat hari ini. Menyelak berita di surat khabar, tiada lagi kabar2 indah yang sedap di dengar. Sumenya berkisar pembunuhan, pembuangan bayi, kedai dirompak, wanita hamil diragut, tak kurang juge cerita siayah merogol anak tiri, sudahnya si perogol yang minum asid sehingga menemui ajalnya.
Pada minggu yang lepas, aku di hidangkan cerita yang kurang enak mengenai kes seorang pekerja tapak binaan menggantung diri, tambah menyedihkan dia adalah seorang islam, dan dia mati meninggalkan isteri yg hamil 3 bulan serta 2 anak, arwah terlalu tertekan dengan masalah hutang yang bnyk. makanya dia telah memilih jalan akhir utk mati. Ya Allah!!Ampunkanlah dosa2nya.
Sudah jelas benar dunia akhir zaman, sungguh menyedihkan lagi ramai manusia diluar sana yang masih terpinga2 dgn segala musibah ini, mengapa??? tak perlu bertanya dan tak perlu dijawab.... terpulang hendak bermula di mana.
Peringatan utk aku jua....




Monday, August 3, 2009

Cottage Clock


So adorable!!!





Alkisah.....

Fusshhh...
Da berminggu aku tak meroyan kat sini, bz bonar lately...dan baru ari ni aku rs sihat sket dari minggu2 yg sudah mn taknya bulan July je dah 6 hari aku mc, kalo gi keje pun dgn muke ala2 ayam berak kapur sbb mmg tak sehat bebetul lagi. tp kite ala2 segan silu nak mc lama2 kan. So redha jelah heret kaki gi keje..
Aku sampai buat wat blood test lah sbb demam kejap elok kejap datang balik, running nose tu tak yah cakap la..aku rs cam nak sumbat terus lobang idung ngan tisu tapi kan xleh napas pulak..kan..tp tulah cara aku nak describekan betapa siksanya. Alhamdullillah bukan H1N1 tu, mintalah di jauhkan. Nauzubillah!!
Aku rs dah lost weight, sbb bz ngan keje, penat turun naik cabin, ngan sakit lagi ari tu pastu makan pun dah tak cukup 5 kali sehari..egegegegege..tp stil leh makan la hehe.. dah la aku ni sekepeng jek..camne la nak gain weight eh???



Thursday, July 23, 2009

Beautiful Girl Award...

Syarat2 menerima award ini:

1. Pastikan jantina anda ialah perempuan

Yup 100% tulen, saya seorang perempuan, wanita, isteri dan ibu...


2. Copy badge sebagai award anda


Done!!

3. Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan

Kite pun sama copy balik


Keistimewaan Wanita


1. Do'a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.


2. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang tidak soleh.


3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.


4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S


5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga.


6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah surga.


7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."


8. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.


9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan rekannya ( serta menjaga sembahyang dan puasanya ).


12. Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun )


15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.


16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT


17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan


18. Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan


19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT


4. Pass kan award ini kepada girl-friends anda...

kat sape2 yg rs dia perempuan, blh gitu??...heheh



Saturday, July 18, 2009

Dugaan...Cobaan..

Fuhhhhh...sabtu lepas sampai selasa balik kg kat Kuantan. Balun durian, manggis, rambutan..musim buah la katakan...Rabu masuk keje...da rs mcm tak sedap tekak ptg tu..esoknya aku mc sbb tekak perit giler dgn ulcer duk melepak merata tempat dalam mulut haku grrrr...pastu bgn pg esoknya konon nak pi keje, tp kepala berat giler plus hidung tersumbat. yep..aku demam selsema pulak...so mc lagi
Then ari ni baru nmpk muke aku kat site...dlm smggu 2 hari cuti 2 hari mc...hamik kau dah la baru masuk site dah wat record ek..
Adui la selsema teruk ni...
Pastu bangun pagi ni sakit mata pulak sebelah....waaaa..ni jangkit ngan Alin la ni...



Friday, July 10, 2009

Wonderful Friend Award

Semenjak dapat award yang Kak Wanie kasi ari tu..rs mcm best pulak nak create award ni, alah..godek2 tenet nmpk gambo cung sket, kasi paint, buh wording jd la award kui..kui..

but i'm really sincere doing this award especially to all of you, getting to know u more n more friends!! Sesapa yang sudi nak kawan ngan sy, i'm begging you please take this award and paste it to your own blog..ngeh..ngeh..hamik kau smpi berbegging tuh..