MAM BREASTPUMP GIVEAWAY

MAM BREASTPUMP GIVEAWAY

Tuesday, March 24, 2009

Adam oh Adam

Beberapa hari lepas Adam sakitkan Alin, mase aku tengah susukan Alin sambil baring, Adam main teether adiknya, duk ketuk2 atas lantai...Alin selalu duk kunyah teether tu, aku takutla kotor, suruh dia letak balik teether tu atas tilam, Boleh di balingnya teether tu, jatuh kelepuk kene kepala Alin...Ya Allah princessku yg susah nak menangis tu boleh menangis sekuat hati kerana kesakitan...Adam mmg dah aku tangankan, dia buat muke "sebek" dan terus menangis sama bile tgk Alin makin kuat nangis...maybe dia tak sengaja, tp cepat jek aku naik angin...ntah la sejak 2 menjak ni kenakalannya makin menjadi2.

Bukan aku tak pernah slow talk dengannya..tp sekejap jer jer dia simpan memori lps tu buat balik perangai..semalam Adam mkn muffin, sebijik dah abis, nak mkn sebiji lagi pastu tak abis di ramas2nya pulak bersepah muffin coklat atas sofa, menyirap darahku...aku dah pesan awal2 Adam..kalo tak abis mkn bg mama, tp sebaliknya??? Aku perlukan kesabaran setinggi gunung, setebal langit nak melayan karenah Adam, mudah benar waktu aku mengandungkannya dulu, tak sangka bile besar sukar pulak utk mengawalnya, mungkin ini dugaan Allah utk menguji kesabaranku. Aku bersyukur Adam membesar dgn sihat, malah dia sangat bijak, petah
berkata2.

Adam rapat dgn papanya, pantang dgr papa buke pintu, mesti nak mengekor..kadang2 papa oncall pun nak ikut..sudahnya sampai muntah2 depan pintu ,tu habit dia kalo menangis kuat mesti muntah..tak pasal2 tambah keje mama! Ae hari aku acah nak pukul dia, dialog terkini dia "mama...mama...jgn la pukul saya",nak marah leh tergelak aku...pandai pulak dia sycho aku. Aku harap bile Adam makin membesar, hilanglah kenakalannya nanti..



No comments:

Post a Comment

Gedebush