MAM BREASTPUMP GIVEAWAY

MAM BREASTPUMP GIVEAWAY

Friday, March 6, 2009

Cinta, Sayang dan Kasih

Cinta, Sayang dan kasih apalah sangat tafsiran yang dapat ku olah kerana aku bukan lah seorang pujangga...tapi aku cukup mengerti dengannya kerana aku pernah di cintai dan mencintai, di sayangi dan menyayangi, di kasihi dan mengasihi...kerana ungkapan itulah yang membawa aku ke penghidupan yang baru...tidak tergambar rasanya hidup ini tanpa cinta,kasih dan sayang..Maha hebat kuasa Tuhan....menciptakan sesuatu perasaan yang begitu indah...begitu kompleks untuk di terjemahkan.....dan begitu adil mencipta perasaan aneh pabila cinta, kasih dan sayang itu tidak dibenarkan wujud dalam diri seseorang...pasti ada hikmahnya..

Membiarkan cinta itu hadir dengan sendirinya adalah lebih baik dari memburu cinta yang tidak pasti kehadirannya..persediaan menerima cinta bukanlah sesuatu perkara mudah...kerana orang yg mempunyai kekuatan paling besar untuk menyakiti kita ialah orang yang kita cintai... jika mahukan kepastian..bercintalah..kecapilah rasa manis dan sengsara itu...

Jangan terlalu mudah memberi cinta, seandainya kita belum pasti hatinya menyintai kita. Dan jangan pula terlalu mudah menerima cinta, seandainya hati kita belum terbuka untuk menyintainya....

No comments:

Post a Comment

Gedebush